Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

SPRM kunjungi TM untuk dapatkan maklumat


Tarikh kemaskini: 14/06/2019





CYBERJAYA, 14 Jun (Bernama) -- Telekom Malaysia Bhd (TM) mengesahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ada mengunjungi ibu pejabat syarikat telekomunikasi itu di Kuala Lumpur semalam bagi mengumpul dan mendapatkan maklumat.

“Ya, saya sahkan SPRM memang ada mengunjungi ibu pejabat TM semalam,” kata Ketua Pegawai Operasi Imri Mokhtar yang ditemui pemberita selepas majlis menandatangani ikrar mesra pelanggan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di sini, hari ini.

Imri menegaskan bahawa TM komited memberi kerjasama sepenuhnya untuk menyalurkan sebarang maklumat yang diperlukan SPRM.

Ditanya mengenai tujuan kunjungan SPRM itu, Imri berkata adalah lebih adil dan baik untuk memastikan siasatan diteruskan terlebih dahulu.

Kunjungan SPRM ke ibu pejabat TM itu berlaku pada hari yang sama Datuk Noor Kamarul Anuar Nuruddin diumumkan sebagai ketua pegawai eksekutif kumpulan, pengarah urusan dan pengarah eksekutif yang baharu.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel