Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan Johor terima peruntukan Sukma RM142 juta


Tarikh kemaskini: 14/06/2019





JOHOR BAHRU, 14 Jun (Bernama) -- Kerajaan Negeri Johor menerima peruntukan sebanyak RM142 juta daripada Kerajaan Persekutuan untuk menganjurkan temasya Sukan Malaysia (Sukma) pada tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata peruntukan itu yang diluluskan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi akan membantu  kerajaan negeri melicinkan lagi segala perancangan yang sedang dilaksanakan bagi menghadapi temasya terbabit.

“Saya percaya kerjasama yang erat antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bukan sahaja dapat membantu penganjuran temasya ini, malah ia akan dapat membantu pembangunan sukan negeri dan negara yang lebih komprehensif dan mantap di masa akan datang.

“Sukma Johor  amat penting kerana penganjurannya bertepatan dengan Wawasan 2020 dan selaku tuan rumah, kami akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan penganjuran ini adalah yang terbaik dari segi kemeriahan dan semangat kesukanan atlet yang tinggi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Sheikh Umar turut merakamkan penghargaan kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang telah banyak membantu kerajaan Johor untuk menjayakan sukan itu.

“Sekalung tahniah juga saya ucapkan kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq  Syed Abdul Rahman bersama pasukannya atas usaha, kerjasama dan bantuan yang dihulurkan,” katanya.

-- BERNAMA  


 

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel