Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pemilik Pantai Hills Resort diberi tempoh empat bulan kemuka permohonan lesen - Exco


Tarikh kemaskini: 14/06/2019





SEREMBAN, 14 Jun (Bernama) -- Kesemua 11 pemilik resort di Pantai Hills Resort (PHR), Jalan Jelebu dekat sini diberikan tempoh empat bulan bermula semalam untuk mengemukakan permohonan kelulusan lesen beroperasi kepada Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Perbandaran Nilai (MPN).

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru Negeri Sembilan Teo Kok Seong berkata kesemua resort yang beroperasi sejak 10 tahun lepas tanpa lesen sah itu, perlu menukar status penggunaan tanah pertanian kepada komersil serta membuat permohonan lesen secara dalam talian kepada pusat sehenti MPN.

Katanya langkah berkenaan merupakan usaha kerajaan negeri melakukan pemutihan terhadap semua pemilik resort yang didapati telah beroperasi tanpa lesen yang sah.

‘‘Paling penting sekali adalah kesemua pengusaha termasuk pemilik tanah dan rumah perlu mendapatkan jurutera dan arkitek perunding di mana mereka bertanggungjawab di atas reka bentuk dan kekukuhan struktur bangunan tersebut.

“Sekiranya gagal mendapatkan tandatangan mereka (jurutera dan arkitek perunding), proses pemutihan ini tidak dapat dijalankan,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Selain itu katanya, pemeriksaan juga mendapati terdapat 13 lagi pemilik resort persendirian yang mendirikan resort di atas tanah pertanian tanpa menjalankan perniagaan.

“Mereka tidak perlu menukar syarat penggunaan tanah cuma perlu menghantar pelan bangunan mereka kepada pihak PBT,” katanya.

Teo berkata tujuan utama kerajaan menjalankan penguatkuasaan dan pemutihan adalah bagi membantu pengusaha resort dan pada masa yang sama hendak memastikan keselamatan pengunjung.

PHR yang memiliki kawasan seluas 36.98 hektar, mempunyai seramai 44 orang pemilik tanah.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel