Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kadar kebolehpasaran graduan UMP kekal 96 peratus


Tarikh kemaskini: 14/06/2019





PEKAN, 14 Jun (Bernama) -- Universiti Malaysia Pahang (UMP) mengekalkan kadar kebolehpasaran graduannya sebanyak 96 peratus tahun ini, sama seperti tahun lepas.

Naib Canselor UMP Prof Ir Dr Wan Azhar Wan Yusoff berkata peratusan tersebut merupakan antara pencapaian tertinggi universiti di negara ini dan pihaknya komited untuk mengekalkan rekod tersebut.

"Kerjasama erat antara UMP dan pemain industri memainkan peranan penting dalam memastikan peningkatan peratusan kebolehpasaran graduan universiti ini dan terus kekal cemerlang.

"Ia turut menjadi pendorong kepada pihak universiti untuk mengekalkan momentum peningkatan kebolehpasaran graduan pada masa depan," katanya semasa berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri peringkat UMP dan Jasamu Dikenang di kampus UMP Pekan di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah UMP Datuk Seri Ibrahim Ahmad.

Sementara itu, Wan Azhar berkata inisiatif yang dilaksanakan bagi mencapai sasaran sebelum ini akan dipergiatkan melalui kerjasama strategik dengan pelbagai pihak industri dalam aspek penawaran kerja selain penganjuran karnival kerjaya.

"Ia menjadi platform terbaik pelajar untuk menilai dan merebut peluang kerja yang disediakan selepas menamatkan pengajian. Mereka juga dilatih dengan kemahiran untuk bergelar usahawan supaya mampu mencipta kerjaya dan membantu orang lain," katanya.

-- BERNAMA 


 

   

 
 
     
   
 

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     

UMT anjur majlis khas untuk graduan kehilangan ibu pada hari konvokesyen

 
     

Ahmad Zahid arah keluar RM17,953,185.21 bina bangunan Yayasan Akalbudi - saksi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel