Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

SESB, ST diminta tangani masalah bekalan elektrik di tiga kampung di Batu Sapi


Tarikh kemaskini: 14/06/2019





SANDAKAN, 14 Jun (Bernama) -- Anggota Parlimen Batu Sapi Datuk Liew Vui Keong mahu Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Suruhanjaya Tenaga (ST) menangani masalah pemotongan bekalan elektrik di tiga kampung di kawasan Parlimen itu yang masih belum disambung semula selepas tunggakan dibayar oleh Pejabat Parlimen berkenaan.

Menurutnya, bekalan elektrik di tiga kampung iaitu Kampung Bakau, Kampung Sundang dan Kampung Sundang Laut dipotong sejak tiga hari lepas, walaupun Pejabat Parlimen berkenaan telah mengutip bayaran dan melunaskan bil elektrik mereka terus kepada SESB.

"Pejabat Parlimen Batu Sapi telah membuat kutipan bayaran daripada penduduk dan membayar kira-kira RM140,000 sejak April lepas.

"Pejabat Parlimen Batu Sapi mempunyai rekod, namun resit pembayaran kepada SESB menunjukkan pembayaran masih dibuat kepada syarikat kontrak SESB yang telah lama ditamatkan kontraknya. Ini mengelirukan dari segi perundangan," katanya kepada pemberita selepas melawat dan menyampaikan sumbangan kepada 71 keluarga mangsa kebakaran di Surau Ar-Rahman, Kampung Karamunting dekat sini hari ini.

Liew, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berharap SESB dan ST mengambil langkah sewajarnya secepat mungkin sebelum beliau mengambil tindakan seterusnya.

Jelasnya, masalah itu telah merugikan rakyat di kampung berkenaan sehinggakan kemeriahan mereka menyambut Aidilfitri dalam bulan Syawal terganggu akibat ketiadaan bekalan elektrik.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Polis akan panggil penganjur perhimpunan anti-Lynas

 
     

Bacaan IPU di Sri Aman kekal 'sangat tidak sihat'

 
     

Raja Muda Perlis sampaikan sumbangan kepada anak yatim dan asnaf

 
     

Jumlah pendaki Gunung Kinabalu meningkat tujuh peratus

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel