Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MPSP, MBPP diarah ambil tindakan undang-undang terhadap kilang proses sisa sampah haram - Jagdeep


Tarikh kemaskini: 14/06/2019





GEORGE TOWN, 14 Jun (Bernama) -- Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah diarahkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terlibat dalam pembuangan sisa sampah termasuk plastik dan sisa industri secara haram di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo hari ini berkata tindakan undang-undang itu bagi memberi peringatan dan teladan kepada pihak yang terlibat supaya tidak sewenang-wenangnya melakukan pembuangan sisa sampah secara berleluasa.

"Kedua-dua PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) juga diminta untuk menyediakan angka secara holistik yang merujuk kepada kilang-kilang haram dan juga kilang di bawah proses pemutihan supaya kerajaan negeri dapat mengesan ke mana sisa pembuangan ini akan dibuang," katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Rabu lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh berkata kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap kilang-kilang memproses sisa plastik yang beroperasi secara haram di negeri ini.

Phee berkata kerajaan negeri sedang menyemak semula semua lesen yang dikeluarkan kepada kilang-kilang sisa plastik berikutan keputusan kerajaan Persekutuan menetapkan 18 syarat baharu yang perlu dipatuhi pengurus kilang memproses sisa plastik sebelum pemberian Permit Import (AP).

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel