Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lembaga Multimedia Sarawak, Agensi Nuklear Malaysia meterai MoU bangunkan telekomunikasi


Tarikh kemaskini: 14/06/2019




KUCHING, 14 Jun (Bernama) -- Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) dan Agensi Nuklear Malaysia (ANM) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dalam mengawal selia radiasi telekomunikasi di Sarawak.

Ketua Pengarah ANM, Dr Mohd Abd Wahab Yusof berkata ANM akan membantu SMA dalam memastikan setiap menara komunikasi di negeri ini selamat dan mempunyai sijil.

“Keduanya, kita akan membuat pengukuran dari segi Gelombang Radio (Radio Frequency/RF) yang digunakan di setiap menara adalah selamat.

“Selain itu, ANM juga akan turut membantu memberikan maklumat kepada rakyat tentang keselamatan RF,” katanya pada sidang media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Jelas beliau, setiap menara telekomunikasi di Malaysia mempunyai had frekuensi yang telah ditetapkan.

“Dalam hal ini, ANM berperanan untuk memantau tahap frekuensi menara telekomunikasi yang ada di Sarawak dan mengeluarkan sijil. Setiap sijil mempunyai kod QR yang membolehkan orang ramai menyemak maklumat dan status menara tersebut,” katanya.

Pengurus Besar SMA Dr Zaidi Razak berkata dengan MOU tersebut, komunikasi di negeri ini akan berjalan dengan lancar di samping dapat memberikan maklumat yang tepat untuk rakyat.

Katanya, setakat ini terdapat 2,600 menara telekomunikasi di seluruh Sarawak dan SMA merupakan sebuah badan yang ditubuhkan menurut Seksyen 3 Ordinan Pihak Berkuasa Mutimedia Sarawak 2017 dengan matlamat untuk menerajui, mengawasi dan memudahkan pembangunan dan pelaksanaan komunikasi, multimedia dan Inisiatif Ekonomi Digital Sarawak.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan akan kaji penggunaan alat permainan yang mampu asah minda kanak-kanak

 
     

FAMA rancang bangunkan tanah wakaf dengan tanaman durian

 
     

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     

Geran usahawan hanya untuk yang benar-benar layak - Mohd Redzuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel