Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Hari Memperingati Mangsa Perang Dunia bakal masuk kalendar pelancongan Perak


Tarikh kemaskini: 14/06/2019




IPOH, 14 Jun (Bernama) -- Hari Memperingati Mangsa semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua akan dimasukkan dalam kalendar pelancongan negeri Perak, tahun hadapan, kata Presiden Persatuan Wira Malaysia Ravinder Kumar Sharma.

Beliau berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan mengenai perkara itu bersama-sama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri Tan Kar Hing, baru-baru ini.

"Beliau (Tan) telah berjanji akan memasukkan hari memperingati tersebut ke dalam kalendar pelancongan negeri pada tahun hadapan dan saya berharap hari memperingati ini akan disambut dengan lebih meriah lagi," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas upacara memperingati mangsa semasa Perang Dunia Pertama pada 1914 hingga 1918 dan Perang Dunia Kedua pada 1939 hingga 1945 di Tugu Peringatan Perang di Dataran Stesen Keretapi Tanah Melayu di sini, hari ini.

Seramai 45 anggota tentera veteran dari Australia, New Zealand dan India hadir memberikan penghormatan kepada semua yang terkorban semasa kedua-dua perang tersebut.

Ravinder Kumar berkata upacara memperingati mangsa-mangsa perang itu turut diadakan di Sungai Siput, Taiping dan Batu Gajah dan tahun ini masuk tahun ke-14 penganjurannya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel