Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Langkawi, Satun meterai perjanjian dalam bidang geopark


Tarikh kemaskini: 14/06/2019





LANGKAWI, 14 Jun (Bernama) -- Langkawi UNESCO Global Geopark dan Satun UNESCO Global Geopark hari ini menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) Perkongsian Transnasional Geopark Global UNESCO.

Perjanjian itu merangkumi beberapa aktiviti termasuk kerjasama saintifik dalam perkongsian tenaga pakar dan pengalaman dalam pengurusan geopark.

Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Langkawi UNESCO Global Geopark Dr Hezri Adnan berkata kerjasama saintifik itu melibatkan kepakaran daripada kedua-dua negara. 

“MoU itu juga merangkumi maklumat mengenai perkembangan geopark di Satun dan ia akan digabungkan dengan jawatankuasa saintifik kita yang kini diketuai Universiti Kebangsaan Malaysia dan juga beberapa universiti di Malaysia,” katanya pada majlis menandatangani memorandum itu, di sini.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Hezri dan Naib Pengarah Satun UNESCO Global Geopark Penolong Prof Dr Pongsak Thongnueakhaeng.

Turut hadir Pengurus Bahagian Geopark Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Azmil Munif Mohd Bokhari.

Mengulas lanjut, Dr Hezri yang juga Ketua Pegawai Eksekutif LADA berkata menerusi MoU tersebut, Langkawi yang mencipta sejarah sebagai geopark dunia yang pertama di Malaysia dan Asia Tenggara akan berkongsi pengalaman dari aspek pengurusan kepada Satun UNESCO Global Geopark yang baharu mendapat status tersebut tahun lepas.

"Langkawi UNESCO Global Geopark dapat menawarkan pengalaman dari segi institusi, bagaimana kita bangunkan konsep geopark, mekanisma ataupun jawatankuasa yang ditubuhkan untuk melaksanakannya kerana sewaktu Langkawi menerima status tersebut kita adalah yang pertama, belum pernah ada.

 “Jadi, kita ada pengalaman dari segi tadbir urus di situ. Di Satun pula masih lagi di peringkat awal dari segi struktur, organisasi pengurusan geopark masih baharu dan itu yang dapat kita tawarkan," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     

Semakan keputusan kemasukan MRSM tingkatan satu bermula hari ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel