Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Taman Eko Rimba Sungai Besi dibuka Oktober ini


Tarikh kemaskini: 14/06/2019




KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Taman Eko Rimba Sungai Besi (TERSB) yang bakal menyediakan kemudahan kawasan rekreasi dan pelancongan hutan baharu di Lembah Klang dijangka dibuka kepada orang ramai pada Oktober ini.

Hutan rekreasi itu yang berada dalam Hutan Simpan Sungai Besi dan mempunyai keluasan 42.29 hektar kini sudah mencapai 70 peratus tahap kemajuan termasuk penyediaan kawasan tanaman spesies pokok tertentu untuk tujuan pemuliharaan.

Pengarah Perhutanan Wilayah Persekutuan, Mohd Hafiz Hamzah berkata pihaknya kini memfokuskan pembangunan zon Arboretum bagi menjadikan TERSB sebagai sebuah pusat pembelajaran dalam bandar melalui tanaman pelbagai spesies pokok yang ada di negara ini termasuk tumbuhan herba, orkid dan pokok berbuah dan warna-warni serta rotan.

"TERSB merupakan kawasan hutan dipterokarpa tanah pamah yang masih wujud dan terpelihara di tengah-tengah bandar raya serta berkepentingan daripada aspek kepelbagaian biologi dan menjadi habitat kepada pelbagai spesies flora dan fauna.

''Di samping menjadi tempat warga kota beriadah, kawasan ini juga sesuai menjadi gedung ilmu kepada ahli akademik serta pelajar sekolah dan universiti untuk membuat kajian kerana mempunyai koleksi spesies flora yang unik serta terancam kerana kedudukannya strategik di dalam Kuala Lumpur,'’ katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Mengenai infrastruktur awam di TERSB, Mohd Hafiz berkata pembinaan jalan masuk utama berserta tempat meletak kenderaan, pembinaan denai, kaunter, tandas dan beberapa gazebo sedang giat dijalankan bagi memberi lebih keselesaan kepada orang ramai.

Sehingga kini, terdapat 117 taman eko rimba di seluruh negara yang diuruskan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     

SPR terpaksa guna pakai persempadanan semula tahun lepas

 
     

Pemanis sokong saranan Anwar Ibrahim semua majlis anjuran kerajaan wajib guna Bahasa Melayu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel