Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pemandu lori meninggal ketika tunggu giliran isi simen


Tarikh kemaskini: 13/06/2019





GOPENG, 13 Jun (Bernama) -- Seorang pemandu lori ditemui mati, ketika sedang menunggu giliran mengisi simen di kawasan sebuah kilang di Kota Bharu, di sini, tengah hari tadi.

Shamsul Bahari Md Zain, 39, dari Pasir Mas, Kelantan, ditemui mati di tempat duduk pemandu, dalam keadaan enjin lori yang masih hidup, kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Hasron Nazri Hashim berkata kejadian disedari seorang pemandu lori, Ismail Hamzah, 59,  di belakang lori mangsa yang juga sedang menunggu giliran mengisi simen.

Hasron Nazri berkata Ismail yang bekerja di syarikat sama dengan mangsa, kemudian diminta ke hadapan mendahului lori Shamsul Bahari, yang tidak bergerak apabila tiba gilirannya.

“Ismail kemudiannya mengikut arahan pihak kilang dan sementara menunggu simen diisi, dia pergi ke lori mangsa, lalu mendapati Shamsul Bahari tidak sedarkan diri di kerusi pemandu.

“Pemeriksaan fizikal mangsa tidak menemukan apa-apa kesan perlakuan jenayah,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Hasron Nazri berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Kampar untuk bedah siasat dan punca kematian adalah penyakit arteri koronari.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel