Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

RSK Kemumin terima pengiktirafan BeSS pertama di Malaysia


Tarikh kemaskini: 13/06/2019





KOTA BHARU, 13 Jun (Bernama) -- Rumah Seri Kenangan (RSK) Taman Kemumin, Pengkalan Chepa, di sini, dinobatkan sebagai RSK pertama di negara ini menerima pengikitirafan BeSS (Bersih, Selamat dan Sihat).

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan Said Sidup berkata, pengiktirafan tersebut diberikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kepada pengusaha premis makanan bagi menggalakkan penyediaan makanan yang selamat dan sihat.

"RSK Taman Kemumin menyediakan makanan, kepada 95 penghuni yang berusia antara 60 hingga 95 tahun setiap hari.

"Jumlah penghuni ini melibatkan 45 orang sakit, 29 orang mengalami 'skizofrenia' (pesakit mental) dan enam adalah orang kurang upaya (OKU), jadi pihak RSK perlu tahu menu makanan yang sesuai dengan mereka, terutama yang sakit," katanya selepas Majlis Penyerahan Sijil Pengiktirafan BeSS di Rumah Seri Kenangan (RSK) Taman Kemumin di sini, hari ini.

Turut hadir, Penguasa RSK Taman Kemumin, Rosni Yaacob dan Pegawai Kesihatan Epidemiologi, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu, Dr Sharina Dir.

Said berkata, pengiktirafan tersebut membanggakan pihaknya, sekali gus memberi semangat bukan sahaja kepada kakitangan, sebaliknya menjadi contoh kepada RSK di negara ini.

Dalam perkembangan sama, Rosni berkata, pihaknya memperuntukkan kira-kira RM1,500 hingga RM2,000 setiap penghuni sebulan, bagi kos pemberian makanan enam kali sehari.

"Setiap enam bulan sekali, pihak kami bersama KKM akan menukar hidangan mereka, bergantung kepada tahap kesihatan mereka, termasuk nasi, bubur, pencuci mulut dan minuman.

"Kami mempunyai lima tukang masak bekerja mengikut jadual secara bergilir-gilir, menyediakan menu yang diluluskan KKM Bahagian Makanan, mengikut kesesuaian penghuni RSK," katanya.

Rosni berkata, pihaknya akan kekal menjaga kebersihan makanan selama tiga tahun tempoh pengiktirafan iaitu sehingga 2022.

"Kami mahu mengekalkan premis yang bersih, menyediakan makanan selamat dan sihat, termasuk bagi hidangan yang betul mengikut keperluan individu," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel