Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

15 wanita warga asing jadi pelayan pelanggan ditahan di Pulau Pinang


Tarikh kemaskini: 13/06/2019




GEORGE TOWN,13 Jun (Bernama) -- Seramai 15 wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang dalam serbuan di dua pusat hiburan di sini semalam, kata Pengarahnya Muhamad Husni Mahmud malam semalam.

Katanya pusat-pusat hiburan yang masing-masingnya terletak di Jalan Bukom dan Lebuh Pantai itu diserbu kira-kira pukul 10 malam  hasil daripada maklumat yang dikumpul selepas seminggu risikan dibuat di lokasi-lokasi berkenaan.

"Mereka yang ditahan terdiri daripada 12 wanita warga Vietnam dan tiga warga China, semua wanita itu berusia 21 hingga 35 tahun," katanya di sini.

Katanya pemeriksaan mendapati wanita warga asing itu tidak mempunyai dokumen perjalanan diri yang sah dan menyalahgunakan pas lawatan sosial serta tiada permit kerja.

Beliau berkata turut ditahan dalam operasi itu seorang lelaki warga Pakistan yang bekerja di sebuah pusat hiburan terbabit kerana tiada dokumen perjalanan diri dan pihaknya turut mengambil keterangan 21 lelaki  tempatan yang merupakan pelanggan di situ bagi membantu siasatan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     

Ibu mati, anak OKU dijumpai dahaga lapar dalam rumah di Skudai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel