Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pengusaha hotel digesa promosikan minyak sawit kepada pelancong


Tarikh kemaskini: 13/06/2019





GEORGE TOWN, 13 Jun (Bernama) -- Pengusaha hotel digesa memainkan peranan mereka dengan mempromosikan minyak sawit kepada pelancong terutamanya pelancong asing mengenai kebaikan minyak tersebut, kata Menteri Industri Utama Teresa Kok.

Beliau berkata pengusaha hotel boleh mengambil peluang dengan memberi penerangan kepada pelancong mengenai minyak sawit selain menggunakan minyak sawit premium dalam masakan mereka.

"Kami berharap pengusaha hotel dapat memainkan peranan mereka dengan mempromosikan minyak sawit kepada pelancong," katanya selepas Program Cintai Minyak Kelapa Sawit bersama Persatuan Hotel Pulau Pinang dan Persatuan Tukang Masak Pulau Pinang di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) Datuk Dr Kalyana Sundram, Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir, Pengerusi Persatuan Hotel Pulau Pinang Khoo Boo Lim dan Presiden Persatuan Jurumasak Pulau Pinang Audee Cheah.

Katanya kementerian tidak berhasrat untuk mewajibkan penggunaan minyak sawit di semua hotel di negara ini kerana mahu pemain industri mempunyai kebebasan memilih jenis minyak masak yang sesuai untuk juadah yang dihidangkan kepada pelanggan.

"Kita tidak bercadang untuk mewajibkan penggunaan minyak sawit selepas mempertimbangkan bahawa terdapat beberapa sajian khusus yang lebih sesuai dimasak menggunakan minyak selain daripada kelapa sawit," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel