Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Yusri tidak mahu pemain Kelantan beri laluan mudah kepada UiTM FC


Tarikh kemaskini: 13/06/2019





KOTA BHARU, 13 Jun (Bernama) -- Ketua Jurulatih Kelantan Yusri Che Lah menuntut pemainnya tidak memberikan laluan mudah kepada pasukan UiTM FC pada aksi Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad lV malam esok.

Jurulatih kelahiran Perlis itu berkata pasukan UiTM merupakan satu pasukan yang cukup kuat setiap kali beraksi di tempat lawan oleh itu beliau mahu pemainnya tidak mudah memberikan ruang dan sedaya mampu menutup ruang bagi mengelakkan pasukan lawan itu mencipta kejayaan pada perlawanan malam esok.

"UiTM FC mempunyai rekod cemerlang ditempat lawan dan mereka pastinya akan turun dengan kekuatan penuh pada perlawanan itu.

Kami perlu waspada dengan kekuatan lawan, saya mahu pemain jangan beri terlalu banyak ruang kepada mereka untuk bergerak," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Selepas mengharungi 14 perlawanan Kelantan kini berada ditangga tercorot liga dengan mengumpul sembilan mata hasil daripada dua kemenangan, enam seri dan kalah enam kali.

Yusri berkata walaupun pasukannya itu terpaksa bermain tanpa dua tonggak, Muhammad Azwan Aripin dan Danial Hakim Draman akibat penggantungan dan kecederaan, beliau mahu barisan pemain lain kekal fokus untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata pada pertemuan itu.

"Kami tidak boleh terus keciciran mata kerana ia akan menyulitkan peluang pasukan untuk membebaskan diri daripada kelompok zon penyingkiran.

"Saya mengharapkan tonggak berpengalaman Mohd Farisham Ismail untuk memimpin pasukan dengan memperagakan aksi terbaik nanti," katanya.

Katanya memperolehi satu mata pada perlawanan malam  sudah cukup bermakna kepada pasukannya.

"Jika memperolehi tiga mata  ia satu bonus besar untuk Kelantan dalam usaha membebaskan diri daripada zon penyingkiran.

Saya harap pemain akan berusaha sebaik mungkin dalam untuk mendapatkan mata di halaman sendiri," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel