Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MBJB nafi Bazar Karat akan ditutup, sebaliknya rancang struktur semula peniaga


Tarikh kemaskini: 13/06/2019





JOHOR BAHRU, 13 Jun (Bernama) -- Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) hari ini menafikan desas desus bahawa Bazar Karat di pusat bandar raya ini akan ditutup sebaliknya perancangan sedang dibuat oleh Jabatan Pelesenan MBJB untuk menstrukturkan semua para peniaga mengikut jenis perniagaan yang dijalankan.

Datuk Bandar Johor Bahru Datuk Amran A Rahman berkata perancangan dilakukan bagi memberi nafas baharu Bazar Karat agar ia lebih kemas, teratur dan selesa sekali gus sesuai dengan potensinya sebagai lokasi tumpuan pelancong domestik mahupun antarabangsa.

“Maklumat berkenaan penutupan Bazar Karat hanyalah khabar angin sahaja. MBJB tidak membuat sebarang perancangan untuk menutup Bazar Karat,” katanya ketika mengulas desas-desus Bazar Karat akan ditutup semasa  dihubungi Bernama, di sini hari ini .

Amran berkata buat masa ini Jabatan Pelesenan MBJB juga sedang berusaha mengemas kini pangkalan data peniaga-peniaga di Bazar Karat dan peniaga lain di dalam kawasan pentadbiran MBJB.

Beliau berkata pengemaskinian pangkalan data tersebut dapat membantu Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penguatkuasaan MBJB untuk membuat semakan maklumat dan pemantauan terhadap pematuhan peraturan yang dikuatkuasakan dari semasa ke semasa.

“Usaha ini dapat membantu MBJB membanteras para peniaga tanpa lesen serta peniaga dan penjaja bukan warganegara di dalam kawasan pentadbiran MBJB,” katanya.

Menurut Amran, selain menstrukturkan semula aktiviti perniagaan di Bazar Karat, usaha-usaha lain juga sedang giat dijalankan untuk mengindah dan menceriakan pusat bandaraya Johor Bahru sebagai persediaan Tahun Melawat Johor 2020.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Henry Golding tersenarai dalam Time 100 Next

 
     

Produk plastik satu daripada industri paling rancak di Malaysia - Dr Ong

 
     

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel