Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Enam lelaki ditahan dipercayai terlibat samun rumah wanita di Kluang


Tarikh kemaskini: 13/06/2019





JOHOR BAHRU, 13 Jun (Bernama) -- Polis menahan enam lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kes samun rumah seorang wanita di kawasan Sri Lalang, dekat Kluang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd Abduh Ismail berkata kesemua mereka yang berumur antara 23 dan 29 tahun itu ditahan kira-kira 5 petang semalam selepas polis menerima laporan kejadian tersebut pada 12.30 tengah hari semalam, kira-kira sejam selepas kejadian daripada wanita berumur 28 tahun berkenaan.

“Terdahulu, dalam laporan polis yang dibuatnya, wanita berkenaan mendakwa dia melihat empat lelaki dengan dua daripadanya menutup muka, bertindak memecah jeriji tingkap dapur untuk masuk ke dalam rumah,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Mohd Abduh berkata suspek kemudian melarikan sebuah kereta jenis Honda Jazz warna putih, barang kemas, beg tangan mengandungi wang tunai serta pelbagai jenis barangan yang kesemua kerugian terbabit dianggarkan berjumlah RM86,000.

Beliau berkata hasil penahanan kesemua enam lelaki secara berasingan di sekitar bandar Kluang itu, polis mendapati kesemuanya positif dadah dan salah seorang daripada mereka mempunyai rekod jenayah.

Menurutnya, polis turut merampas sejumlah barang kemas, dua kereta yang dilaporkan masih hilang, sejumlah matawang tempatan, Euro, Dollar Singapura, Rupiah, sejumlah kad ATM, kad kredit, telefon bimbit pelbagai jenis, dua parang serta satu besi kuku kambing daripada mereka.

Kesemua lelaki terbabit kini direman selama tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 dan 370 A Kanun Keseksaaan, katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     

UMT anjur majlis khas untuk graduan kehilangan ibu pada hari konvokesyen

 
     

Ahmad Zahid arah keluar RM17,953,185.21 bina bangunan Yayasan Akalbudi - saksi

 
     

Pandangan berbeza cadangan gantian hukuman mati mandatori

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel