Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dakwa dipukul suami akibat perselisihan faham


Tarikh kemaskini: 13/06/2019





KUANTAN, 13 Jun (Bernama) -- Seorang wanita mendakwa dipukul suaminya dengan menggunakan penyapu, penyangkut baju dan rotan bulu ayam selain dicucuh dengan puntung cerut oleh suaminya di Mentakab, Temerloh dekat sini. 

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Zundin Mahmood berkata mangsa yang berusia 29 tahun mendakwa kejadian berlaku pada 7 petang, Isnin lalu namun mangsa hanya membuat laporan polis pada 7 petang semalam, dengan bantuan rakannya. 

"Mangsa mendakwa kejadian berlaku akibat perselisihan faham kerana suaminya mengesyaki dirinya mempunyai hubungan sulit selepas membaca pesanan WhatsApp daripada lelaki lain di telefon bimbitnya. 

"Suspek yang dikatakan marah selepas membaca pesanan itu bertindak memukul badan mangsa selain didakwa mencucuh puntung cerut di tangan kanannya," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini. 

Zundin berkata mangsa yang mempunyai kesan lebam di bahagian kiri badan dan mata dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh untuk rawatan. 

Beliau berkata mangsa dan suspek yang merupakan seorang kontraktor telah berkahwin sejak enam tahun lalu, namun tidak dikurniakan anak. 

Suspek yang ditahan malam tadi, kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman itu, jika sabit kesalahan. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel