Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua beradik maut kereta dinaiki jatuh gaung


Tarikh kemaskini: 12/06/2019





TAWAU, 12 Jun (Bernama) -- Dua beradik perempuan maut selepas kereta dipandu ibu mereka hilang kawalan dan terbabas ke dalam gaung di Kilometer 56 Jalan Kalabakan-Sapulut dekat sini, pagi tadi.

Dalam insiden 8 pagi itu, Nur Halisa Sufiyya Resmanshah, 7, dan l Nur Syaakur Safiyyah Resmanshah, 5, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Bapa, ibu dan seorang adik lelaki mangsa yang turut berada dalam kenderaan sama, disahkan sekadar mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Ak Umbuas dalam satu kenyataan berkata siasatan awal mendapati kenderaan yang dari arah Tawau ke Labuan itu hilang kawalan selepas pemandunya seorang wanita berusia 33 tahun terlelap seketika.

"Apabila tiba di tempat kejadian, pemandu terlelap dan kenderaan hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelum terjatuh ke dalam gaung.

"Akibatnya kedua-dua anaknya yang juga merupakan penumpang belakang tercampak keluar dan maut di tempat kejadian," katanya di sini, hari ini.

Peter berkata kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA

 

 

   

 
 
     
   
 

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     

Geran usahawan hanya untuk yang benar-benar layak - Mohd Redzuan

 
     

Yong bercuti, beri tumpuan kepada perbicaraan kes rogol

 
     

Sultan Nazrin, Tuanku Zara berangkat ke Pertandingan Pidato Diraja 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel