Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

RM3.8 juta baik pulih SK Seri Paya, SK Parit Markom- Exco


Tarikh kemaskini: 12/06/2019





BATU PAHAT, 12 Jun (Bernama) -- Dua sekolah daif di negeri ini akan dibaik pulih dengan kos sebanyak RM3.8 juta bagi memberi keselesaan kepada kira-kira 500 murid sekolah berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohd Solihan Badri berkata projek baik pulih Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Paya di Batu Pahat dan SK Parit Markom di Pontian itu akan bermula 17 Jun ini dengan mengambil masa 24 hingga 26 minggu.

Beliau berkata projek baik pulih tersebut perlu dilakukan, setelah kedua-dua sekolah itu mengalami kerosakan sistem pembentungan, dan masalah serangan anai-anai.

"Kedua-dua sekolah ini mengalami kerosakan di skala tujuh dan memerlukan kerja pembaikan segera serta dilakukan dengan pantas, agar tidak mengganggu sesi pembelajaran.

"Bagi SK Seri Paya, siling bangunannya telah runtuh dan mengakibatkan sebahagian murid terpaksa belajar di kawasan kantin,” katanya kepada pemberita pada majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) 2 Dalam 1 dan Pembinaan Semula serta Naik Taraf Sekolah Daif, di SK Seri Paya, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri Aminolhuda Hassan, Pengarah Pendidikan Johor Azman Adnan dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor Mohamad Salleh Abu.

Sementara itu, Aminolhuda berkata kerajaan negeri sudah mengenal pasti lima lagi sekolah yang perlu dinaik taraf membabitkan sekolah rendah dan sekolah menengah, dengan kerja naik taraf berkenaan perlu dilaksanakan selewat-lewatnya tahun depan.

Katanya, permohonan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sudah dibuat dan kini masih menunggu jawapan untuk kerja naik taraf, yang turut membabitkan beberapa struktur bangunan berisiko seperti di kelas serta kemudahan lain.

"Bagaimanapun, kerosakan lima sekolah berkenaan tidak kritikal seperti SK Seri Paya dan SK Parit Markom, yang kita akan masukkan dalam permohonan untuk tahun hadapan.

"Pihak kerajaan negeri juga akan melakukan pemeriksaan di sekolah-sekolah di negeri ini terutamanya sekolah yang mempunyai bangunan yang lama untuk mengenal pasti kerosakan dialami," katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Video Lucah: Beri ruang dan waktu untuk polis siasat -- KPN

 
     

Sultan Selangor rasmi pembukaan besar-besaran Central I-City

 
     

Elak minum susu kambing segar dari sebuah ladang di Pulau Indah

 
     

14 syarikat penuhi kriteria eksport buah Musang King ke China

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel