Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pelan pembangunan Kampung Melayu tertua di Sibu hampir siap - Abang Jo


Tarikh kemaskini: 12/06/2019





SIBU,12 Jun (Bernama) -- Pelan pembangunan menyeluruh kampung Melayu tertua di Sibu - Kampung Datuk, menjadi kampung Melayu moden kini hampir siap.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, sebaik sahaja pelan itu lengkap, projek pembangunan kampung tersebut yang sama dengan model kawasan penempatan Darul Hana di Kuching akan terus dilaksanakan.

Menurutnya, penduduk kampung itu akan diberi keutamaan memiliki rumah di perkampungan baharu berkenaan manakala keluarga luas akan ditawarkan rumah di bawah skim rumah mampu milik di Kemuyang sebanyak 830 lot.

“Semua kemudahan infrastruktur seperti jalan raya dan sistem perparitan dan tanah akan dibina oleh kerajaan negeri. Projek ini akan dilaksanakan secara berfasa dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas ‘melanggar’ atau mengadakan kunjungan Hari Raya Aidilfitri dalam istilah Melayu tempatan, ke rumah Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi merangkap Menteri Muda Perumahan dan Kerajaan Tempatan Dr Annuar Rapaee di sini hari ini.

Beliau yang ditemani isteri Datuk Amar Jumaáni Tuanku Bujang kemudiannya mengunjungi rumah bekas Anggota Parlimen Igan, Datuk Abdul Wahab Dolah.

Sebelum itu beliau membuat kunjungan serupa ke kediaman Temenggong Datuk Wan Hamid Edruce Tuanku Mohamad dan pada malam ini akan menghadiri Majlis Ramah Tamah Gawai Raya PBB Zon Sibu di Taman Selera Harmoni.

-- BERNAMA

 

 

   

 
 
     
   
 

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     

Geran usahawan hanya untuk yang benar-benar layak - Mohd Redzuan

 
     

Yong bercuti, beri tumpuan kepada perbicaraan kes rogol

 
     

Sultan Nazrin, Tuanku Zara berangkat ke Pertandingan Pidato Diraja 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel