Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bekas Ketua Pengarah DBKK dilantik sebagai Presiden Majlis Perbandaran Tawau


Tarikh kemaskini: 12/06/2019





KOTA KINABALU, 12 Jun (Bernama) -- Bekas Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Datuk Amrullah Kamal, 58, dilantik sebagai Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) yang baharu berkuatkuasa hari ini.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Jaujan Sambakong berkata pelantikan itu bagi menggantikan Alijus Sipil yang bersara wajib.

Beliau berkata pelantikan itu telah dipersetujui oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk mengisi kekosongan jawatan berkenaan.

"Beliau (Amrullah) seorang yang cukup berpengalaman kerana pernah mengetuai Jabatan Kerja Raya (JKR) di Tawau kemudian dipindahkan ke JKR negeri Sabah sebelum dilantik menjadi Ketua Pengarah DBKK.

"Saya yakin dibawah pimpinan beliau MPT akan lebih maju ke hadapan seperti yang diharapkan kerajaan pimpinan Sabah Baharu terutama dalam menangani isu-isu bekalan air dan banjir yang sering melanda daerah Tawau," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Jaujan yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata peranan seorang presiden amat penting apatah lagi Tawau juga menjadi tumpuan kepada pelancong asing.

Sementara itu Amrullah berkata beliau telah berkhidmat sebagai penjawat awam sejak 34 tahun lalu.

Anak jati Tawau itu melahirkan penghargaan atas pelantikan dan memberi keyakinan kepada beliau untuk menggalas tanggungjawab sebagai presiden MPT.

"Tawau mempunyai banyak potensi dalam pelancongan dan selain nature tourism, sektor pelancongan lain yang boleh diberi perhatian ialah pelancongan pendidikan  dan pelancongan perubatan," katanya.          

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel