Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penjara di Selangor, Kuala Lumpur catat 3,700 lebihan penghuni


Tarikh kemaskini: 12/06/2019





SUNGAI BULOH, 12 Jun (Bernama) -- Penjara di Selangor dan Kuala Lumpur mencatat lebihan sebanyak 3,700 orang penghuni berbanding had kapasitinya 8,200 orang.

Pengarahnya Abd Kadir Rais berkata jumlah penghuni yang dicatatkan sehingga kini ialah 11,900 orang bagi keseluruhan Penjara Sungai Buloh, Penjara Kajang, Penjara Kajang Wanita dan Pusat Koreksional Puncak Alam.

“Dengan jumlah itu, sebanyak 2,400 anggota penguatkuasa penjara secara keseluruhan bertugas untuk menjaga keamanan penjara.

“Mungkin sahaja agensi keadilan jenayah boleh pertimbangkan pesalah dengan hukuman ringan untuk melakukan khidmat komuniti dengan pemantauan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau juga mencadangkan agensi-agensi lain berkaitan keadilan jenayah supaya bekerjasama untuk mengurangkan jumlah penghuni penjara ketika ini.

Sementara itu, Pengarah Penjara Sungai Buloh, Rosoman Abu Bakar@Che Din berkata pada bulan Syawal kini, seramai 27 penghuni Penjara Sungai Buloh terpilih dan diberi peluang untuk bertemu dengan anggota keluarga selama kira-kira tiga jam bermula 10 pagi tadi.   

“Matlamat program ini adalah untuk memberi ruang kepada penghuni serta keluarga untuk berjumpa secara bersemuka dan peluang yang diberikan ini adalah sangat terhad. 

“Majlis hari ini juga merupakan sebahagian daripada program pemulihan yang ditekankan oleh Jabatan Penjara Malaysia,” katanya. 

Rosoman berkata banduan diingatkan supaya tidak mensiakan-siakan harapan keluarga untuk berubah kerana disudut hati keluarga mereka menginginkan sinar perubahan. 

-- BERNAMA 


 

   

 
 
     
   
 

Video Lucah: Beri ruang dan waktu untuk polis siasat -- KPN

 
     

Sultan Selangor rasmi pembukaan besar-besaran Central I-City

 
     

Elak minum susu kambing segar dari sebuah ladang di Pulau Indah

 
     

14 syarikat penuhi kriteria eksport buah Musang King ke China

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel