Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MPS diminta gerakkan semula jawatankuasa bangunan lama


Tarikh kemaskini: 12/06/2019




SEREMBAN, 12 Jun (Bernama) -- Majlis Perbandaran Seremban (MPS) diminta supaya mengerakkan semula jawatankuasa bangunan lama dan usang bagi  mencari jalan menangani masalah bangunan lama yang terbiar yang banyak terdapat di pusat bandar Seremban.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar negeri Ismail Ahmad berkata jawatankuasa ini yang dianggotai pelbagai jabatan dan agensi kerajaan perlu digerakkan kembali bagi memulihkan imej bandar Seremban.

"Bangunan lama ini mungkin membahayakan dan juga mungkin mendatangkan kesan tidak baik kepada masyarakat sekitar terutama sekali melibatkan jenayah, dadah dan juga salah laku yang lain.

Selain itu, bangunan lama ini juga mungkin membahayakan keselamatan orang ramai yang melalui atau berada di dalam bangunan tersebut. Kita hendak supaya bangunan lama ini jangan dibiarkan mendatangkan kesan yang tidak baik dan negatif kepada masyarakat.

"Oleh itu, kita minta MPS mengerakkan semula jawatankuasa bangunan lama dan usang yang telah ditubuhkan dahulu. Kita berharap bangunan lama yang mana boleh dipulihkan atau dinaiktarafkan dan mempunyai unsur sejarah supaya dikekalkan.

“Mana-mana bangunan lama yang dirasakan tidak selamat atau kotor atau mendatangkan kacau-ganggu perlu diambil tindakan segera," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata tindakan perlu diambil terhadap pemilik bangunan lama ini kerana Seremban ke arah menjadi bandaraya.

Katanya kebanyakkan bangunan lama dan usang ini yang berusia 80 ke 100 tahun terdiri daripada rumah kedai dan rumah persendirian dan rekod pemiliknya terdapat di MPS.

"Saya juga mengalu-alukan syarikat korporat atau individu untuk menghulur bantuan bagi mencantikkan bandar Seremban. Hasrat kita ialah supaya mencantikkan bandar Seremban dan juga memastikan keadaan selamat dan selesa," katanya.

Sementara itu, katanya kerajaan negeri akan menubuhkan jawatankuasa untuk mengkaji kaedah terbaik menangani masalah kelewatan proses pindah milik, penukaran hak milik dan sebagainya terutama di Pejabat Tanah dan Galian.

Katanya jawatankuasa ini akan membincangkan bagaimana cara untuk penambahbaik dan mempercepatkan proses dan mengurangkan kerenah birokrasi.

-- BERNAMA 

 


 

   

 
 
     
   
 

KYP Advanced Skills dialukan dalam penubuhan De' Royal Azizah Culinary School

 
     

Pindaan kaedah ujian memandu untuk laksanakan e-testing - Loke

 
     

Kejayaan sesuatu penyampaian diukur kepuasan pelanggan - Aminuddin

 
     

Pasukan bola sepak Sabah, peserta Unduk Ngadau sertai perarakan Hari Kebangsaan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel