Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

K’jaan Johor tubuh jawatankuasa kaji dakwaan salah guna kuasa Datuk Bandar MBIP


Tarikh kemaskini: 12/06/2019





ISKANDAR PUTERI, 12 Jun (Bernama) -- Kerajaan negeri Johor akan menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengkaji dakwaan terhadap Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang dikatakan menyalahguna kuasa bagi mengubah keputusan berhubung pengeluaran permit dan lesen kepada peniaga di bazar Ramadan, Gelang Patah, di sini, bulan lepas.

Keputusan penubuhan jawatankuasa itu dimaklumkan oleh sekumpulan Ahli Majlis MBIP kepada media, hari ini, selepas menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal bagi menyatakan bantahan rasmi terhadap tindakan Datuk Adib Azhari Daud tersebut.

Mohd Azam Mektar yang mengetuai kumpulan itu berkata pihaknya diberitahu bahawa penasihat undang-undang kerajaan negeri sedang dalam rangka untuk membentuk jawatankuasa itu, namun, siapa yang akan menganggotai jawatankuasa tidak diketahui.

"Kita akan tunggu jawatankuasa dibentuk dan lihat apa keputusannya," kata beliau.

Mohd Azam menegaskan semua Ahli Majlis MBIP tidak mempunyai masalah untuk berjumpa dengan Datuk Bandar selepas ini, walaupun pertemuan dalam mesyuarat penuh majlis sahaja.

"Kita jangkakan mesyuarat penuh dalam satu atau dua minggu ini kerana mesyuarat penuh yang terakhir adalah pada 26 Mei lepas," katanya.

Mohd Azam berkata sebelum ini pihaknya telah memberi ruang dan peluang kepada Adib Azhari untuk memperjelas dan menafikan dakwaan itu secara terbuka, namun, beliau memilih tidak berbuat demikian.

"Tindakan beliau (Adib Azhari) yang membisu seribu bahasa seolah-olah mengakui berlakunya salah guna kuasa seperti yang didakwa sebelum ini. Tindakan ini merupakan satu bentuk sabotaj terhadap Ahli-Ahli Majlis BIP serta pentadbiran Pakatan Harapan Johor secara keseluruhannya," katanya.

Pada 26 Mei lepas, kumpulan Ahli Majlis yang sama, mendakwa Adib mengkhianati peniaga Melayu dengan mengubah keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan berhubung pengeluaran permit dan lesen berniaga bazar Ramadan di Taman Nusantara dan ini merupakan kali pertama ia dilakukan.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel