Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan Pulau Pinang tegas banteras operasi proses sisa plastik haram - Phee


Tarikh kemaskini: 12/06/2019





GEORGE TOWN, 12 Jun (Bernama) -- Kerajaan Pulau Pinang akan mengambil tindakan tegas terhadap kilang-kilang memproses sisa plastik yang beroperasi secara haram di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh hari ini.

Katanya kerajaan negeri sedang menyemak semula semua lesen yang dikeluarkan kepada kilang-kilang sisa plastik yang beroperasi di negeri ini berikutan keputusan Kerajaan Persekutuan memperuntukkan 18 syarat baharu yang perlu dipatuhi pengurus kilang memproses sisa plastik sebelum pemberian lesen import (AP).

"Mereka mungkin mempunyai lesen beroperasi tetapi mereka juga perlu mematuhi syarat-syarat seperti ada sistem rawatan air, sistem akhir hayat, pelan bangunan dan kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan," katanya di sini bagi menafikan satu laporan akhbar yang mendakwa bahawa sisa sampah di tapak pelupusan yang ditemui di Gurun, Kedah berkemungkinan dibawa dari Pulau Pinang.

Phee yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Puyu berkata kerajaan negeri juga telah mengetatkan penguatkuasaan terhadap kilang-kilang memproses sisa plastik bagi menghalang penyeludupan sisa plastik tercemar ke dalam negara.

"Kami beritahu mereka cukup, cukuplah, jika anda mahu beroperasi di Pulau Pinang, sila patuhi peraturan di Pulau Pinang…peraturannya sangat ketat sehingga ada yang tidak mampu meneruskan operasi dan mereka tutup kedai. Kami tidak memaksa mereka menutup kedai, mereka terpaksa menghentikan oeprasi kerana gagal mematuhi peraturan,” katanya. 

Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri sedang bekerjasama dengan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi menyiasat sejumlah 265 kontena berisi sisa sampah plastik yang ditemui tersadai di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) sejak awal tahun ini.

Beliau berkata kerajaan negeri sekarang berusaha untuk menghantar balik kontena-kontena itu ke negara asal dan kerajaan amat terbuka kepada perbincangan dari wakil-wakil negara yang dilaporkan sebagai pemilik kontena-kontena itu.

"Saya telah berbincang dengan seorang wakil negara pemilik kontena itu dan mereka telah mengaku bahawa perkara perlu diselesaikan secara baik agar tidak mencemari alam sekitar," katanya.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang mendedahkan pada 30 Mei lepas terdapat 265 kontena yang mengandungi sisa sampah plastik telah dibawa masuk ke negeri itu dan kini tersadai di NBCT sejak Januari lalu.

Pada 27 Mei lepas, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata, sebanyak 450 tan metrik sisa sampah dari 10 kontena akan dihantar semula dalam masa terdekat ke negara asal masing-masing.

Menurut Yeo berkata, Kabinet pada 24 April lalu juga telah memberi mandat kepada kementeriannya untuk menubuhkan pasukan khas yang melibatkan kerjasama pelbagai agensi bagi membolehkan siasatan terhadap kegiatan penyeludupan sisa plastik ke Malaysia.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kelantan mohon stesen ECRL Tok Bali dijadikan stesen penumpang, kargo

 
     

Video Lucah: Beri ruang dan waktu untuk polis siasat -- KPN

 
     

Sultan Selangor rasmi pembukaan besar-besaran Central I-City

 
     

Elak minum susu kambing segar dari sebuah ladang di Pulau Indah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel