Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PGA tumpas kegiatan seludup rokok di RCP Kalabakan


Tarikh kemaskini: 12/06/2019





KALABAKAN, 12 Jun (Bernama) -- Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 17 di sini menumpaskan kegiatan penyeludupan rokok pelbagai jenama selepas penahanan dua lelaki tempatan di kawasan pemeriksaan daratan (RCP) di Jalan Tawau-Kalabakan, semalam.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Datuk DCP Hazani Ghazali berkata dua lelaki berusia 20 dan 42 tahun itu ditahan anggota PGA yang sedang bertugas di RCP Kalabakan antara pukul 3 hingga 4 petang.

"Ketika kejadian, sepasukan anggota PGA yang sedang melakukan tugas rutin didatangi dua van dalam keadaan mencurigakan dari arah Tawau dan mahu menghala ke Keningau.

"Pemeriksaan terhadap kedua-dua van menemukan 7,620 karton rokok pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai RM464,800 dan dipercayai tidak mempunyai kelulusan cukai kastam," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Hazani berkata, rokok yang ditemui itu disyaki diseludup dari negara jiran untuk pasaran daerah Keningau.

"Tangkapan serta barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk tindakan lanjut dan kes akan disiasat mengikut Akta Kastam 1967," katanya.

Menurutnya, dua van jenis Hiace bernilai RM140,000 yang digunakan oleh kedua-dua suspek untuk kegiatan menyeludup turut dirampas.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Beban kerajaan akan berkurangan sekiranya dana SRC di Switzerland tidak dibekukan - Saksi

 
     

SRC gagal bayar hutang KWAP - saksi

 
     

110 penuntut kolej universiti disyaki keracunan makanan

 
     

Perak sepatutnya menang besar ke atas Terengganu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel