Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki ditahan di Felda Lok Heng Timur kerana miliki dadah


Tarikh kemaskini: 12/06/2019





JOHOR BAHRU, 12 Jun (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana memiliki pelbagai jenis dadah dalam serbuan Op Tapis/Op Pemutihan di kawasan Felda Lok Heng Timur dekat Kota Tinggi, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Ahsmon Bajah berkata lelaki berumur 37 tahun itu ditahan kira-kira 11.30 malam oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi.

"Pemeriksaan yang dijalankan menemukan satu beg berzip mengandungi tujuh peket plastik lut sinar disyaki mengandungi dadah jenis heroin dengan berat kasar 15.42 gram dan sepeket plastik lutsinar berisi leraian tumbuhan kering disyaki jenis ganja seberat 0.72 gram.

“Turut dijumpai, satu alat penimbang digital berwarna hitam," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahsmon berkata kesemua dadah yang dirampas dianggar bernilai RM400 dan boleh menampung kegunaan anggaran 50 penagih di kawasan terbabit.

Beliau berkata saringan awal juga mendapati suspek yang positif dadah jenis opiate terbabit mempunyai rekod lampau membabitkan jenayah dan kesalahan dadah.

Dadah tersebut dipercayai untuk kegunaan sendiri serta dijual pada penagih lain dan lelaki itu kini direman selama tujuh hari mulai hari ini sehingga 17 Jun ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     

UMT anjur majlis khas untuk graduan kehilangan ibu pada hari konvokesyen

 
     

Ahmad Zahid arah keluar RM17,953,185.21 bina bangunan Yayasan Akalbudi - saksi

 
     

Pandangan berbeza cadangan gantian hukuman mati mandatori

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel