Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Rugi selepas diperdaya rakan lelaki laman sosial


Tarikh kemaskini: 12/06/2019





KUANTAN, 12 Jun (Bernama) -- Hadiah tak dapat, duit pula hilang. Itu nasib seorang kerani wanita yang diperdayakan lelaki yang baharu dikenali selama sebulan di laman sosial. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 29 tahun mendakwa kerugian RM5,500 yang kononnya bayaran bagi mendapatkan hadiah kiriman lelaki tersebut. 

Katanya, mangsa yang bekerja di Rompin dekat sini, mendakwa suspek yang dikenalinya sejak awal Mei lepas, menghubunginya pada pagi semalam, untuk memberitahu ada membuat kejutan dengan menghantar hadiah kepadanya. 

"Mangsa mendakwa dihubungi pula seorang wanita kononnya wakil syarikat penghantaran dan meminta mangsa untuk melakukan transaksi perbankan bagi mendapatkan hadiah tersebut. 

Mungkin teruja dengan kiriman itu, mangsa terus mengikut arahan yang diberikan sebelum berasa curiga kerana diminta pula membayar wang tambahan sebanyak RM18,800," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Mohd Wazir berkata mangsa terus membuat laporan polis di Balai Polis Endau, Johor dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. 

-- BERNAMA 


 

   

 
 
     
   
 

Kelantan mohon stesen ECRL Tok Bali dijadikan stesen penumpang, kargo

 
     

Video Lucah: Beri ruang dan waktu untuk polis siasat -- KPN

 
     

Sultan Selangor rasmi pembukaan besar-besaran Central I-City

 
     

Elak minum susu kambing segar dari sebuah ladang di Pulau Indah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel