Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Festival Sungai Kampar 2019, 5 Julai depan


Tarikh kemaskini: 12/06/2019





IPOH, 12 Jun (Bernama) -- Pelbagai program dan aktiviti menarik disediakan sepanjang Festival Sungai Kampar 2019 yang akan diadakan di Sungai Kampar dekat Kampar pada 5 hingga 7 Julai depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Howard Lee Chuan How berkata antara program dan aktiviti disediakan termasuk aktiviti sukan air seperti berkayak, berakit dan 'tubing race' selain pelbagai acara sukan rakyat turut dipertandingkan serta pelbagai aktiviti kebudayaan, seni dan warisan diadakan.

Katanya festival yang julung kali diadakan itu dianjurkan oleh Radak Adventure dengan kerjasama kerajaan negeri sebagai penaja dan turut membabitkan penyertaan peserta antarabangsa  seperti dari Indonesia, Singapura, Thailand, Brunei, Perancis, Mongolia dan Greece dalam pelbagai aktiviti yang disediakan

"Kita turut mengambil kira aspek keselamatan bagi aktiviti sukan air kerana kita tidak mahu kejadian tidak diingini seperti kehilangan Mohammad Ashraf Hassan (peserta larian Gopeng Ultra Trail 2019) berlaku sebelum ini.

Setiap jajaran sungai sepanjang aktiviti itu berlangsung akan disediakan 'sistem rakan’ selain anggota agensi penyelamat seperti polis dan bomba turut ditempatkan sepanjang aktiviti itu diadakan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Tan Kar Hing pula berkata penganjuran festival itu dapat mempromosikan Sungai Kampar kepada pelancong asing kerana ia merupakan satu daripada destinasi ekopelancongan di negeri ini.

"Kita berharap festival ini akan mendapat sambutan dari masyarakat di negeri ini dan ia akan dijadikan sebagai acara tahunan pada tahun mendatang," katanya.

Sementara itu, Pengarah Program Radak Adventure, Mohd Hasrol Kamis @ Mahmad berkata pelbagai hadiah menarik ditawarkan kepada peserta seperti wang tunai bernilai antara RM500 hingga RM3,000 selain pelbagai hadiah sampingan.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Kelantan mohon stesen ECRL Tok Bali dijadikan stesen penumpang, kargo

 
     

Video Lucah: Beri ruang dan waktu untuk polis siasat -- KPN

 
     

Sultan Selangor rasmi pembukaan besar-besaran Central I-City

 
     

Elak minum susu kambing segar dari sebuah ladang di Pulau Indah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel