Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

TPM dijangka hadiri Rumah Terbuka Aidilfitri MP Port Dickson Sabtu ini


Tarikh kemaskini: 12/06/2019





SEREMBAN, 12 Jun (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijangka menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sabtu ini.

Pejabat Anggota Parlimen Port Dickson dalam kenyataan di sini hari ini berkata majlis berkenaan menyasarkan kehadiran seramai 5,000 pengunjung pelbagai kaum.

Ia juga dijangka dihadiri beberapa menteri kabinet dan perwakilan asing.

Majlis akan diadakan di tapak bersebelahan Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson dari 7.45 hingga 11 malam.

Hadirin akan turut dihiburkan dengan persembahan artis terkenal tempatan, antaranya Datuk M. Nasir, Hail Amir, Uji Rashid, Ramlah Ram dan Syamel.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     

Geran usahawan hanya untuk yang benar-benar layak - Mohd Redzuan

 
     

Yong bercuti, beri tumpuan kepada perbicaraan kes rogol

 
     

Sultan Nazrin, Tuanku Zara berangkat ke Pertandingan Pidato Diraja 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel