Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Op Selamat: Pahang catat penurunan kes kemalangan maut


Tarikh kemaskini: 12/06/2019





BENTONG, 12 Jun (Bernama) -- Jumlah kes kemalangan maut di Pahang sepanjang pelaksanaan Op Selamat ke-15 sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini menurun kepada 18 kes berbanding 22 kes pada operasi sama tahun lepas. 

Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata penurunan juga dicatatkan pada jumlah kematian iaitu sebanyak 20 orang pada tahun ini berbanding 23 orang pada 2018. 

Bagaimanapun, beliau memaklumkan Op Selamat tahun ini yang diadakan selama dua minggu bermula 29 Mei lalu, menyaksikan jumlah kemalangan meningkat daripada 977 kes pada tahun lepas kepada 1,148 kes. 

"Peningkatan jumlah kemalangan pada tahun ini didapati ekoran peningkatan pendaftaran kenderaan dan peningkatan kenderaan digunakan untuk pulang beraya di Pantai Timur.

Kemalangan juga didapati banyak berlaku di jalan perbandaran dan jalan persekutuan berbanding Lebuhraya Pantai Timur (LPT1)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Penutupan Op Selamat 2019 di Plaza Tol Bentong di sini, hari ini. 

Turut hadir ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari Young Syefura Othman dan Ketua Operasi dan Penyelenggaraan Anih Berhad Ainul Hasri Shah Abu Hassan. 

Mohd Yusri berkata penyumbang utama kepada kemalangan sepanjang tempoh pelaksanaan operasi itu ialah kecuaian pengguna jalan raya selain majoriti mereka yang terlibat ialah penunggang motosikal. 

"Antara punca yang dikenal pasti sebagai penyebab kemalangan akibat kecuaian adalah memandu secara berbahaya, memotong dengan berbahaya, memandu atau menunggang melebihi had laju dan cuai ketika hendak keluar simpang," katanya. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel