Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ahmad Samsuri tetap bertanding Naib Presiden PAS


Tarikh kemaskini: 12/06/2019





KUALA TERENGGANU, 12 Jun (Bernama) -- Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar tidak akan menarik diri daripada bertanding jawatan naib presiden PAS walaupun dirinya hanyalah calon 'underdog' berbanding tiga penyandang lain. 

Beliau yang juga ketua pengarah pilihan raya PAS pusat berkata keputusannya untuk terus bertanding adalah bagi menghormati pencalonan yang telah dibuat oleh aqnggota akar umbi.

Muktamar Tahunan Pas Ke-65 yang akan berlangsung di Pahang pada 21 hinga 23 Jun ini menyaksikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menang tanpa bertanding pada pemilihan parti itu.

Bagi jawatan Naib Presiden pula, Ahmad Samsuri yang merupakan calon baharu akan mencabar tiga penyandang iaitu Idris Ahmad, Datuk Nik Mohd Amar Abdullah dan Datuk Iskandar Abdul Samad.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata beliau melepaskan jawatannya dan bertanding jawatan anggota jawatankuasa pusat kali ini. 

Ahmad Samsuri dan Muhammad Khalil ditemui pemberita pada majlis meraikan kejayaan pasukan inovasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panji Alam di sini hari ini.

Pasukan tersebut memenangi empat anugerah utama dalam pertandingan bertaraf antarabangsa 11th European Exhibition of Creativity and Innovation (EUROINVENT 2019) yang berlangsung di Palace Culture, Romania pada 16 hingga 18 Mei lalu.

-- BERNAMA

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Beban kerajaan akan berkurangan sekiranya dana SRC di Switzerland tidak dibekukan - Saksi

 
     

SRC gagal bayar hutang KWAP - saksi

 
     

110 penuntut kolej universiti disyaki keracunan makanan

 
     

Perak sepatutnya menang besar ke atas Terengganu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel