Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Geng curi kenderaan 'Alan Boy' tumpas


Tarikh kemaskini: 12/06/2019





JOHOR BAHRU, 12 Jun (Bernama) -- Geng Alan Boy yang aktif mencuri kenderaan di sekitar bandar raya ini tumpas selepas 11 lelaki tempatan berjaya ditahan polis dalam serbuan di sebuah kilang di Sungai Tiram, Ulu Tiram, di sini, dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Ismail Dollah berkata serbuan di stor penyimpanan di Batu 13 itu dilakukan pada 8.30 malam hasil risikan selama seminggu oleh pegawai dan anggota Balai Polis Ulu Tiram.

Beliau berkata kumpulan berkenaan dipercayai aktif melakukan kegiatan berkenaan antara sebulan dan dua bulan lepas.

Katanya, pemeriksaan dalam stor penyimpanan tersebut menemui 13 kenderaan dengan enam kereta serta dua rangka motosikal didapati dicuri di sekitar kawasan Johor Bahru Utara, Johor Bahru Selatan dan Kota Tinggi.

“Kesemua enam kereta terbabit melibatkan tiga Proton Saga, dua Proton Iswara serta sebuah Honda Civic.

“Kenderaan yang dirampas masih berserta nombor pendaftaran asal, kemungkinan ia akan dipotong dan dijual sebagai alat ganti,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ismail berkata kesemua 11 lelaki berumur antara 29 dan 45 tahun itu mempunyai rekod kesalahan berkaitan dadah, namun, kesemuanya didapati negatif terhadap dadah.

Beliau berkata pihaknya percaya berjaya menyelesaikan enam kes curi kenderaan dengan penahanan kesemua lelaki terbabit dan kini sedang memburu seorang lagi lelaki dikenali sebagai ‘Alan Boy’, berumur 30an yang dipercayai merupakan dalang kegiatan itu.

Katanya, kesemua suspek kini direman selama tiga hari mulai semalam sehingga esok untuk siasatan mengikut Sesyen 379 A Kanun Keseksaan dan 29 (1) Undang-Undang Kesalahan Kecil.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Seri Manjung lokasi baharu catat IPU sangat tidak sihat

 
     

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel