Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Harga barangan sebelum dan selepas perayaan tidak berubah


Tarikh kemaskini: 12/06/2019





KOTA KINABALU, 12 Jun (Bernama) -- Selepas lebih seminggu sambutan Hari Raya Aidilfitri, harga barangan keperluan di negeri ini dilihat masih terkawal malah tiada kenaikan meskipun sebelum sambutan perayaan.

Tinjauan Bernama di Pasar Besar Kota Kinabalu mendapati harga bagi barangan basah seperti daging ayam dan daging lembu masih terkawal seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Menurut seorang peniaga yang hanya ingin dikenali sebagai Hakimi berkata mereka tidak boleh menaikkan harga sewenangnya-wenangnya kerana barangan itu telah ditetapkan seperti yang tercatat pada tanda merah jambu.

“Di sini ada harga yang sudah ditetapkan dan kami tidak boleh menaikkan harga lagipun harga sebelum perayaan pun tetap sama juga,” katanya sambil menunjukkan tanda harga warna merah jambu yang terdapat di premis itu.

Misnah Manaf, 46, yang menjual sayuran juga berkata setakat ini tiada kenaikan harga bagi barangan terutama yang diletakkan dibawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa bagi 27 barangan keperluan menjelang perayaan yang mula berkuat kuasa pada 21 Mei lepas dan berakhir pada 19 Jun ini.

Sementara seorang pengguna Fatihah Abdullah, 39, pekerja swasta berkata harga yang ditetapkan itu amat berpatutan dan berharap tiada kenaikan harga meskipun selepas tempoh kawalan harga berakhir.

Ibu kepada tiga cahayamata itu berkata dengan harga berpatutan itu akan dapat meringankan beban terutama bagi mereka yang ingin mengadakan rumah terbuka sepanjang tempoh sebulan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

--BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Video Lucah: Beri ruang dan waktu untuk polis siasat -- KPN

 
     

Sultan Selangor rasmi pembukaan besar-besaran Central I-City

 
     

Elak minum susu kambing segar dari sebuah ladang di Pulau Indah

 
     

14 syarikat penuhi kriteria eksport buah Musang King ke China

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel