Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ambil suntikan vaksin sebelum ke perkampungan Orang Asli Kuala Goh


Tarikh kemaskini: 12/06/2019





KOTA BHARU, 12 Jun (Bernama) -- Aktivis dan pengamal media yang mahu memasuki perkampung Orang Asli suku Batek di Kuala Koh Gua Musang dinasihati supaya  mendapatkan suntikan vaksin jangkitan paru-paru terlebih dahulu bagi melindungi mereka daripada penyakit tersebut.

 Pegawai Perubatan di sebuah klinik swasta di sini Dr Hafidzah Mustakim berkata pengambilan vaksin seperti Influenza dan Pneumococcal mampu mencegah jangkitan radang paru-paru (pneumonia).

"Gejala atau tanda yang dialami pesakit pneumonia termasuk batuk, sakit dada, demam, menggigil, sakit badan dan kesukaran bernafas dengan penyebab pneumonia adalah kuman terdiri dari samada kuman bakteria, virus, fungus atau parasit.

"Ia adalah penyebab kematian bagi semua peringkat umur selain adalah penyebab kematian utama pada golongan kanak-kanak di negara yang berpendapatan rendah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Isnin lepas, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengumumkan larangan kepada orang ramai daripada memaski perkampungan masyarakat Orang Asli itu kerana jangkitan kuman  paru-paru mudah menular.

Mengulas lanjut, Dr Hafidzah berkata apabila seseorang terkena jangkitan pneumonia, ia boleh mengakibatkan berlakunya radang yang menyebabkan paru-paru dipenuhi cecair dan nanah.

"Mikroorganisma parasit  memasuki badan melalui kulit atau ditelan kemudian pergi ke paru-paru melalui saluran darah, membolehkan ia memberi tindak balas terhadap imun subset sel darah putih yang meningkat.

"Golongan berisiko mendapat pneumonia ini termasuklah perokok dan pesakit kronik paru-paru atau asma, bayi kurang dari setahun atau mereka yang berusia lebih 65 tahun dan golongan yang menghidap Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit (AIDS)," katanya.

Beliau berkata pesakit yang mendapat rawatan kemoterapi atau steroid, pesakit kegagalan buah pinggang, pengidap kanser, kekurangan zat atau malnutrisi berpanjangan, penggemar minuman alkohol berlebihan serta tinggal berkelompok dalam fasiliti kesihatan seperti 'nursing home' juga berisiko terkena jangkitan pneumonia.

Katanya rawatan umum adalah menggunakan ubat antibiotik, antivirus dan antikulat untuk merawat jangkitan penyakit itu namun bergantung kepada punca tertentu keadaan.

"Kebanyakan kes pneumonia, bakteria boleh dirawat di rumah dengan antibiotik oral dan kebanyakan orang bertindak balas terhadap antibiotik yang diberikan.

"Untuk kes yang lebih serius rawatan hospital juga diperlukan merangkumi langkah pencegahan berkesan termasuklah berhenti merokok kerana ia mengurangkan kerosakan pada paru-paru," katanya.

-- BERNAMA   


 

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel