Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Op Rabies: Operasi seterusnya di Serian dan Simunjan


Tarikh kemaskini: 12/06/2019





KUCHING, 12 Jun (Bernama) -- Operasi Antirabies yang seterusnya akan dilaksanakan di Daerah Serian dan Simunjan pada 20 hingga 25 Jun ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata operasi yang akan dijalankan di Serian bakal meliputi 257 kampung dengan 18,837 isi rumah.

“Dianggarkan terdapat 7,817 anjing di kawasan tersebut, 3,900 anjing yang bertuan dan 552 adalah anjing liar. Setakat ini, hanya 25 ekor anjing yang telah divaksinkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Uggah, yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata manakala di Simunjan, operasi rabies akan meliputi 144 kampung termasuk 12 ladang kelapa sawit.

“Daerah ini mempunyai kira-kira 104 anjing liar manakala 257 anjing masih belum divaksinasikan. Berbanding tahun lepas sejumlah 9,457 anjing telah divaksinasikan termasuklah di kawasan Tebedu,” katanya.

Dalam operasi yang dijalankan di Lundu, Bau, Padawan, Samarahan dan Kuching sebelum ini, JPBN berjaya membasmi sejumlah 5,867 anjing dan 38 kucing.

Kata Uggah, beliau berharap operasi yang akan datang berjalan dengan lebih mantap dan berkesan serta mencapai matlamat.

Terbaru, kes jangkitan rabies dalam kalangan manusia telah mencatatkan 17 kes kematian dan 18 jangkitan sejak ia diisytiharkan sebagai Bencana Tahap Dua pada 15 Mei 2017.

Walaupun nasihat mengenai rawatan selepas digigit anjing kerap disiarkan di akhbar, media sosial, risalah dan poster, namun masih ramai yang tidak mengendahkannya.

Uggah Embas berkata isu berkaitan rabies dan operasi membanterasnya  harus dipandang serius dari semasa ke semasa.

--BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     

Jerebu: penduduk Melaka hadkan aktiviti luar

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel