Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Publisiti MYSalam perlu lebih agresif


Tarikh kemaskini: 12/06/2019





MELAKA, 12 Jun (Bernama) – Golongan B40 di negeri ini memohon agar pihak kerajaan memperkasakan publisiti mengenai Skim Perlindungan Kesihatan Nasional (MYSalam)  terutama dikalangan B40 agar rakyat dapat  merasai manafaat daripada  inisiatif kerajaan itu.

 Tijauan Bernama  mendapati bahawa, rata-rata golongan B40 yang terdiri daripada peniaga gerai, pekerja swasta dan suri rumah tidak pernah mendengar apa itu MYSalam.

 “Apa itu MYSalam ?, saya tidak pernah dengar sebelum ini,”kata seorang peniaga cendol di Jalan Ayer Keroh lama, Azahari Azhar, 34 apabila ditanya Bernama mengenai skim perlindungan kesihatan yang bertujuan untuk menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada individu B40.

 Azahari berkata perkara tersebut yang ditunggu oleh semua rakyat khususnya dikalangan golongan B40 namun ianya tidak disampaikan secara berkesan kepada segenap lapisan masyarakat sehingga ramai yang tidak mengetahui tentang kemudahan yang disediakan oleh kerajaan itu.

 Beliau berharap agensi dan jabatan yang terlibat dalam publisiti skim ini supaya  memperkasakan penyampaian maklumat agar rakyat mendapat maklumat yang tepat.

Turut berkongsi pendapat yang sama ialah  peniaga gerai makan, Che Muhamad Sanusi Che Mat, 47 yang menyatakan rasa rasa kecewa kerana tidak pernah dimaklumkan mengenai kewujudan skim MYSalam kepada golongan B40.

 “Jika betul skim ini bagus untuk rakyat yang seperti kita hidup susah, ianya sepatutnya diuar-uarkan supaya lebih ramai dapat maklumat dan menyertainya serta mendapat manafaat daripadanya,”katanya

 Khairul Mohd Hizam, 32 yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berharap agensi yang dipertanggung jawabkan oleh kerajaan perlu mainkan peranan agar sebarang usaha yang dilakukan kerajaan dapat diketahui oleh golongan sasarnya.

“Ini lah kali pertama saya dengar tentang MySalam, kalau benar kerajaan telah lama wujudkan skim ini saya ingin sertainya kerana pendapatan yang saya terima hanya cukup untuk makan dan minum sahaja,”katanya.

Skim mySalam yang mula diperkenalkan pada 1 Jan 2019  menawarkan perlindungan kesihatan secara percuma kepada penerima B40 yang layak untuk 36 penyakit kritikal sehingga RM8,000 dan memberi bayaran harian sebagai pendapatan gantian semasa rawatan hospital untuk tempoh maksimum 14 hari setiap tahun pada kadar RM50 sehari atau bersamaan RM700 setahun.

Inisiatif itu adalah hasil kerjasama kerajaan dengan syarikat insurans, Great Eastern Holdings, yang menyumbang caruman dana permulaan RM2 bilion ke dalam dana amanah, mySalam.

--BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kelantan mohon stesen ECRL Tok Bali dijadikan stesen penumpang, kargo

 
     

Video Lucah: Beri ruang dan waktu untuk polis siasat -- KPN

 
     

Sultan Selangor rasmi pembukaan besar-besaran Central I-City

 
     

Elak minum susu kambing segar dari sebuah ladang di Pulau Indah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel