Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tahan suspek wanita kes pecah amanah sebuah syarikat


Tarikh kemaskini: 12/06/2019





SEREMBAN, 12 Jun (Bernama) -- Polis menahan seorang wanita berusia 26 tahun dipercayai suspek kes pecah amanah di sebuah syarikat membabitkan RM17,930, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Negeri Sembilan, Supt Aibee Ab Ghani dalam kenyataan di sini, hari ini berkata wanita berkenaan ditahan di kediamannya di Lukut, Port Dickson dan telah direman selama empat hari bermula hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati wanita berkenaan gagal memasukkan wang syarikat bermula 4 hingga 7 Jun lepas dan melakukan pecah amanah ekoran terbabit dengan pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau ‘ah long’.

“Semasa meminjam, ah long telah minta suspek membayar RM15,000 dan kemudian barulah dia dapat meminjam wang RM30,000,” katanya.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah amanah yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan maksimum 14 tahun dan dengan sebatan dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel