tGzTrgZJx8w Musim durian tarikan di Balik Pulau
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Musim durian tarikan di Balik Pulau


Tarikh kemaskini: 12/06/2019





BALIK  PULAU, 12 Jun (Bernama) -- Sebut pasal durian di Pulau Pinang, pastinya penduduk tempatan akan merujuk kepada raja buah yang ditanam di kawasan Balik Pulau sebagai yang terbaik di negeri ini.

Sebagai mana hebatnya mangga harum manis dikaitkan dengan Perlis, begitulah juga sinonimnya durian Balik Pulau kepada Pulau Mutiara ini yang pastinya menjadi buah yang dicari-cari tatkala ketibaan musimnya.

James Wong, seorang daripada pemilik ladang durian di daerah barat daya pulau ini adalah antara usahawan yang tidak menang tangan apabila jumlah pengunjung meningkat ke ladangnya setiap kali musim durian tiba.

Dusunnya yang seluas lima hektar di Sungai Pinang, Balik Pulau ini mempunyai 150 pokok yang terdiri daripada 20 varieti durian termasuk musang king, udang merah, duri hitam dan kulit hijau.

“Tahun ini hanya ada dua musim durian sahaja berbanding tiga musim pada tahun lepas. Musim pertama kali ini antara hujung bulan Mei dan Ogos manakala yang kedua nanti dalam bulan September,” katanya ketika ditemui di ladangnya.

Biarpun musimnya kurang, Wong berkata kuantiti buah yang diperolehnya tahun ini lebih banyak berbanding jumlah yang dikutip tahun lepas.

Sebagai nilai tambah kepada produk sajiannya kepada pengunjung, beliau turut menawarkan ‘bufet durian’ di ladangnya pada harga RM80 seorang untuk membolehkan penggemar durian menikmati sebanyak mungkin varieti durian di ladangnya dalam tempoh dua jam.

Buah dari dusunnya ini turut dijual di daerah-daerah lain di negeri ini serta di Kedah.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Kelantan mohon stesen ECRL Tok Bali dijadikan stesen penumpang, kargo

 
     

Video Lucah: Beri ruang dan waktu untuk polis siasat -- KPN

 
     

Sultan Selangor rasmi pembukaan besar-besaran Central I-City

 
     

Elak minum susu kambing segar dari sebuah ladang di Pulau Indah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel