Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pelajar dikhuatiri lemas semasa mahu bergambar di sungai


Tarikh kemaskini: 12/06/2019





KUANTAN, 12 Jun (Bernama) -- Seorang pelajar tingkatan satu yang berhasrat mengambil gambar di kawasan sungai, dikhuatiri lemas di Sungai Jeram Besu di Dong, Raub semalam. 

Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata mangsa, Muhamad Muzzafar Shah Mohamad Rozi, 13, dipercayai lemas setelah tiba-tiba terjun ke sungai berkenaan setibanya di sana dalam kejadian 4.45 petang. 

Katanya, mangsa yang merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sega, Raub difahamkan ke sungai itu bersama dua lagi rakan. 

“Mangsa dikatakan terus terjun ke dalam sungai yang dianggarkan sedalam lima kaki dan mempunyai pasir jerlus. 

“Dua rakan mangsa mendakwa melihat mangsa lemas dan mereka telah cuba untuk menyelamatkannya, bagaimanapun gagal,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini. 

Wan Mohd Zahari berkata polis hanya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh penduduk kampung berkenaan pada 6.20 petang semalam, dan operasi mencari dan menyelamat dimulakan kira-kira 7 petang. 

Bagaimanapun, operasi yang melibatkan dua pegawai dan 12 anggota polis dan bomba dengan bantuan 40 penduduk kampung hanya dijalankan di tebing sungai kerana cuaca mulai gelap. 

Wan Mohd Zahari berkata operasi disambung pagi ini dengan bantun Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Angin dari Temerloh. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel