Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mayat wanita dibunuh kekasih sukar dikenal pasti - polis


Tarikh kemaskini: 12/06/2019





JOHOR BAHRU, 12 Jun (Bernama) -- Proses pengecaman terhadap mayat seorang wanita yang ditemukan di dalam kotak di tepi jalan Kawasan Perindustrian Ringan, Taman Setia Indah, di sini, dua hari lepas, sukar dilaksanakan kerana keadaan dan pakaian mangsa sudah mereput.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Shahurinain Jais berkata namun begitu, polis sudah melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap mayat wanita dipercayai dibunuh kekasihnya itu bagi mengesahkan mangsa adalah ‘Orang Yang Dilaporkan Hilang’ (OH) pada Jumaat lepas.

“Buat masa ini, pihak polis menggunakan keterangan suspek yang mengesahkan si mati adalah OH sehingga keputusan DNA diperoleh secepat mungkin,” kata Shahurinain menerusi kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata kedua-dua lelaki yang ditahan berhubung kes itu kini direman seminggu mulai semalam hingga 17 Jun ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sebelum ini, wanita berumur 33 tahun itu dilaporkan keluar dari rumahnya di Taman Sri Putri, Skudai, di sini, pada 28 Mei lepas, namun kemudian gagal dihubungi oleh pihak keluarganya, keesokannya.

Keluarganya kemudian membuat satu laporan polis pada Jumaat yang akhirnya membawa kepada penahanan dua lelaki berumur 30-an dengan seorang daripadanya merupakan kekasih wanita tersebut yang dipercayai membunuh mangsa antara 29 Mei hingga 4 Jun lepas akibat cemburu.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel