Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM160,000 di Miri


Tarikh kemaskini: 11/06/2019





MIRI, 11 Jun (Bernama) -- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak merampas 693,504 batang rokok serta 7,406.73 liter minuman keras pelbagai jenama bernilai RM165,298.71 dalam serbuan di sebuah premis serta sebuah lori di Bandar Baru Permyjaya pada 10 pagi semalam.

Pengarah Kastam negeri, Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha berkata sehubungan itu, seorang lelaki berusia 40 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

“Barangan tersebut telah dijual kepada pelanggan tanpa mendapat kelulusan Kastam dengan nilai cukai dianggarkan berjumlah RM720,502.14 bagi kedua-dua serbuan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

 Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967 yang membawa hukuman denda 10 kali ganda nilai barangan atau penjara tidak lebih lima tahun jika disabitkan kesalahan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kelantan mohon stesen ECRL Tok Bali dijadikan stesen penumpang, kargo

 
     

Video Lucah: Beri ruang dan waktu untuk polis siasat -- KPN

 
     

Sultan Selangor rasmi pembukaan besar-besaran Central I-City

 
     

Elak minum susu kambing segar dari sebuah ladang di Pulau Indah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel