Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ular tedung selar 16 kaki 'pelanggan' kedai


Tarikh kemaskini: 11/06/2019





KUANTAN, 11 Jun (Bernama) -- Sebuah kedai di Kampung Permatang Pinang di Merchong, Pekan dekat sini, hari ini menerima ‘pelanggan’ tidak diundang iaitu ular tedung selar sepanjang 4.8 meter (16 kaki). 

Ular tersebut yang dianggarkan seberat tujuh kilogram bagaimanapun berjaya ditangkap seorang penyelia kebun kelapa sawit, Shafiq Zulkifli, 23, yang dikenali penduduk sekitar Pekan sebagai 'penjinak ular'. 

Shafiq yang sudah lima tahun 'berjinak' dengan ular berkata kerja menangkap reptilia itu dilakukan di bawah pengawasan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Nenasi. 

"Saya dimaklumkan oleh pemilik kedai dan pihak bomba berhubung penemuan ular itu yang berada di sebalik rak sekitar 12 tengah hari. 

"Ular itu didapati tidak melawan mungkin kerana dipercayai baru bersalin kulit kerana kulitnya yang masih cantik dan tiada kesan calar," katanya semasa dihubungi Bernama di sini, hari ini. 

Shafiq berkata dia mengambil masa selama lima minit untuk menangkap ular itu dengan menggunakan tangan sebelum dimasukkan ke dalam guni. 

Ular itu, menurutnya dilepaskan di habitat asal haiwan tersebut di Nenasi. 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel