Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Usahawan PKS digalak sertai program GEB - SME Corp


Tarikh kemaskini: 11/06/2019





MELAKA, 11 Jun (Bernama) -- Usahawan kecil dan sederhana di negara ini yang menjalankan perniagaan eksport digalakkan menyertai Program Galakan Eksport Bumiputera (GEB) dalam usaha memasarkan produk keluaran mereka ke pasaran antarabangsa secara lebih meluas lagi dan memperkukuhkan kedudukan mereka di luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia (SME Corp) Noor Azmi Mat Said berkata ini kerana penglibatan syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bumiputera dalam perniagaan eksport agak rendah iaitu sekitar 20 peratus daripada jumlah keseluruhan kira-kira satu juta usahawan PKS di negara ini.

"Kita perlu meningkatkan jumlah penglibatan usahawan PKS bumiputera kerana mereka kini lebih tertumpu kepada pasaran tempatan untuk memasarkan produk. 

"Kebanyakan mereka juga tertumpu pada perniagaan makanan dan minuman atau 'ready to eat' dan hanya sekitar 30 peratus daripada keseluruhan usahawan bumiputera PKS terlibat dalam pasaran domestik," katanya pada sidang media selepas majlis perasmian Dobi Layan Diri Usahawan PKS di Taman Angkasa Nuri, di sini, hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan, Industri Asas Tani dan Koperasi Melaka, Norhizam Hassan Baktee.

Mengenai program GEB, Noor Azmi berkata usahawan PKS bumiputera yang layak akan dibantu dari segi kemudahan pembiayaan sewa premis, pembangunan jenama produk menerusi pengiklanan, pemasaran dan pensijilan negara luar yang melibatkan peruntukan sehingga RM500,000.

SME Corp turut menggalakkan usahawan bumiputera meneroka bidang perniagaan baharu khususnya sektor digital dan produk inovasi seiring dengan perkembangan perniagaan tempatan dan antarabangsa ketika ini, katanya,

Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak RM16.7 juta telah diperuntukan di bawah geran Program Peningkatan Perusahaan Bumiputera (BEEP) di Melaka melibatkan 116 syarikat PKS dengan jumlah 165 projek yang diluluskan dalam tempoh enam tahun bermula 2013.

Pada tahun ini sebanyak RM250,046 diluluskan di bawah geran BEEP untuk 18 syarikat di Melaka melibatkan kos permohonan sebanyak RM500,095.60.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel