Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tahan empat remaja lelaki berhubung kes bunuh di Tawau


Tarikh kemaskini: 11/06/2019





TAWAU, 11 Jun (Bernama) -- Polis menahan empat remaja lelaki petang tadi, bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh seorang lelaki yang mayatnya ditemui di dalam longkang berhampiran sebuah kedai di Jalan Bantu, Fajar di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Ak Umbuas berkata empat lelaki berusia 16 hingga 17 tahun yang juga Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) warga Filipina itu, ditahan antara pukul 1.45 petang hingga 4.40 petang tadi di tiga lokasi berbeza iaitu Jalan Dunlop, Taman Semarah Megah serta kawasan Sabindo.

"Berdasarkan siasatan awal, kesemua suspek tidak berpuas hati dengan mangsa, kerana menuduh mereka sebagai pencuri dan peragut," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Susulan penahanan itu, Peter berkata pihaknya telah menyelesaikan kes tersebut.

Dalam pada itu, Peter berkata mangsa berusia 49 tahun yang juga seorang peniaga warung makan, ditemui mati oleh orang awam yang kemudian menghubungi polis pada pukul 5 petang, semalam.

"Pemeriksaan awal polis menemui suspek dengan dua kesan tikaman di bahagian tengkuk kiri serta dada kanan.

"Polis juga menemukan satu pemutar skru serta sebilah pisau pemotong sayur berukuran lapan inci, disyaki digunakan untuk membunuh mangsa," katanya lagi dan mayat mangsa telah dicam isterinya berusia 39 tahun.

Hasil keterangan awal isteri mangsa, Peter berkata mangsa keluar rumah pada 12.45 pagi menaiki kereta Proton selepas menutup warung makan pada malam 9 Jun, dengan alasan mahu berjalan-jalan.

"Mangsa yang tidak memiliki telefon bimbit itu, tidak pulang ke rumah sehinggalah mayatnya ditemui semalam," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     

Jerebu: penduduk Melaka hadkan aktiviti luar

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel