Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Banjir di Kampung Periuk, 38 mangsa dipindahkan - APM


Tarikh kemaskini: 11/06/2019





KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Seramai 38 penduduk membabitkan enam buah keluarga dari Kampung Periuk, di sini terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara berikutan kawasan terbabit mula dinaiki air akibat hujan lebat berterusan sejak petang tadi.

Pegawai Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur Kapten Shahrul Kamar Mohd Johari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui anggota yang memantau di tadika kawasan berkenaan kira-kira 4.48 petang.

“Seramai lapan anggota bergegas ke tempat kejadian dan mendapati air berada pada paras 0.75 meter.

“Kesemua mangsa dipindahkan di Dewan Sultan Sulaiman, Kampung Baru buat sementara waktu," katanya ketika dihubungi.

Shahrul berkata setakat jam 7 petang tadi, air masih menggenangi kawasan tersebut.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Beban kerajaan akan berkurangan sekiranya dana SRC di Switzerland tidak dibekukan - Saksi

 
     

SRC gagal bayar hutang KWAP - saksi

 
     

110 penuntut kolej universiti disyaki keracunan makanan

 
     

Perak sepatutnya menang besar ke atas Terengganu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel