Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Malaysia alu-alukan pelaburan yang meningkatkan kemahiran, gaji - Lim


Tarikh kemaskini: 11/06/2019





PUTRAJAYA, 11 Jun (Bernama) -- Malaysia mengalu-alukan sebarang pelaburan daripada luar negara -- terutamanya dari Jepun -- yang akan meningkatkan kemahiran dan gaji pekerja Malaysia.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata pelaburan seumpama itu akan meningkatkan daya saing ekonomi Malaysia menerusi penggunaan teknologi baharu. 

Berucap pada majlis menandatangani perjanjian pemegang saham antara Perbadanan Pelaburan Infrastruktur Luar Negara Jepun (JOIN) bagi sektor Pengangkutan dan Pembangunan Bandar dan Tasco Bhd di sini, hari ini, Lim berkata JOIN boleh menjadi jambatan yang menghubungkan syarikat Malaysia ke bahagian lain dunia menerusi rangkaian globalnya dan hubungan terus kepada perbadanan terbesar Jepun.

Menerusi pemeteraian perjanjian itu, JOIN, dana kerajaan-swasta Jepun khusus untuk pelaburan infrastruktur di luar negara, mengambil alih 30 peratus kepentingan dalam Tasco-Yusen Gold Cold Sdn Bhd, cabang logistik rantaian sejuk Tasco, bagi RM125 juta.

Majlis pemeteraian perjanjian itu disaksikan oleh Lim dan Duta Besar Jepun ke Malaysia Dr Makio Miyagawa. 

“Pelaburan JOIN di Malaysia membuktikan keyakinan dan kepercayaan terhadap kerajaan dan dasar-dasar untuk menggalakkan perdagangan dan pembangunan infrastruktur lebih baik,” kata Lim.

Beliau berkata JOIN akan berkongsi pengetahuan dan teknologinya yang akan memberi manfaat kepada industri logistik rantaian sejuk.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel