Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

640 kes kemalangan dicatat sepanjang Ops Selamat 15/2019 di Terengganu


Tarikh kemaskini: 11/06/2019





KUALA TERENGGANU, 11 Jun (Bernama) -- Terengganu mencatat sebanyak 640 kes kemalangan jalan raya membabitkan pelbagai jenis kenderaan sepanjang 13 hari pelaksanaan Ops Selamat 15/2019 yang bermula 29 Mei lalu.

Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Alaudeen Abd Majid berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 11 peratus berbanding tempoh sama Ops Selamat 13/2018, iaitu sebanyak 570 kes.

Bagaimanapun, katanya, jumlah kes membabitkan kemalangan maut menunjukkan penurunan ketara iaitu daripada 24 kes tahun lepas kepada 13 kes pada Ops Selamat 15/2019, yang mana kedua-duanya dilaksanakan sempena sambutan Aidilfitri.

"Kemalangan maut paling banyak direkodkan di jalan persekutuan dan jalan negeri, manakala di laluan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) pula tiada sebarang laporan seumpama itu diterima.

"Sepanjang Ops Selamat 15/2019 ini juga, polis telah mengeluarkan 21,284 saman atas pelbagai kesalahan berbanding 14,615 saman Ops Selamat 13/2018," katanya pada sidang media Ops Selamat 15/2019 di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Terengganu hari ini.

Menurut beliau, kesalahan memandu melebihi had laju merupakan kesalahan paling banyak dilakukan dengan 15,770 saman dikeluarkan.

Ia diikuti dengan beberapa kesalahan lain seperti memotong di garisan berkembar, melanggar lampu isyarat merah serta memotong giliran.

Sementara itu, Alaudeen berkata bagi kes jenayah pecah rumah, tiada laporan diterima tahun ini melibatkan kediaman yang telah didaftarkan dengan polis bagi tujuan pemantauan dan keselamatan.

"Tahun ini kita terima 1,664 pendaftaran maklum balik kampung dengan 1,281 permohonan adalah melalui pengisian borang dan 372 lagi menerusi aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

"Kita dapati lebih ramai orang memilih untuk mendaftar permohonan melalui kaedah borang, kerana dapat berkomunikasi secara terus dan dua hala dengan polis berbanding aplikasi VSP, yang pada awalnya kita jangka lebih popular," katanya.

 -- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel