Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Azam untuk bantu golongan miskin di sabah dilaksanakan bulan ini


Tarikh kemaskini: 11/06/2019





KOTA KINABALU, 11 Jun (Bernama) -- Kementarian Pertanian dan Industri Makanan Sabah akan melaksanakan Program Pembasmian Kemiskinan (Azam) yang memberi peluang golongan berpendapatan rendah menyertai latihan kemahiran sebelum diberikan modal untuk memulakan perniagaan, bermula bulan ini.

Menterinya Datuk Junz Wong berkata Azam akan membantu golongan tersebut menjana pendapatan bagi memastikan tahap kehidupan sosial dan ekonomi mereka meningkat.

“Kita harap kumpulan sasar yg tersenarai dalam sistem e-kasih akan mampu berdikari dan meningkatkan pendapatan mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Junz berkata, Azam bertujuan untuk menyediakan peluang kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah bagi menjana pendapatan serta memperkasa kumpulan sasar.

Beliau berkata melalui Azam, kumpulan sasar akan menyertai latihan dan akan menerima peralatan yang berkaitan setelah tamat kursus singkat bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti ekonomi.

"Kerajaan sangat komited untuk membangunkan negeri Sabah dan yakin dalam masa terdekat kita akan dapat rancakkan pembangunan ekonomi di negeri ini. Kita mahu agar semua rakyat akan dapat menikmati kesejahteraan hidup dalam suasana aman dan damai," tambahnya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     

Jerebu: penduduk Melaka hadkan aktiviti luar

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel